Sifat 20 Keagungan Sifat & Keesaannya

Sifat 20 Keagungan Sifat & Keesaannya

Price:

Tauhid tercermin dalam kesaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya. Tiada sembahan yang layak selain Allah SWT, tiada ibadah yang benar kecuali mengikut syariat Rasulullah SAW.

Tauhid Rabbi, pengakuan bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan Maha Pencipta. Orang bukan Islam pun mengadakan pengakuan seperti ini. Tauhid Ilahi iaitu mengesakan Allah dengan melaksanakan segala ibadah dan amalan yang telah disyariatkanNya. Tauhid Asma dan Sifat iaitu beriman terhadap sesuatu yang disampaikan Al-Quran dan hadis shahih, baik sifat-sifat Allah yang mensifati ZatNya atau sifat-sifat yang disifati Rasulullah dengan hakikat. Sesungguhnya orang beriman adalah yang mengagung dan mengesakan Allah, mereka memperoleh petunjuk dan keamanan daripada sinar tauhid yang terpancar dalam jiwanya.

Tauhid pengantar mencapai kebahagiaan dan sebagai penebus dosa. Jika tergolong ahli tauhid yang murni dan terhindar dari syirik, maka seseorang akan memperoleh keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.

Tajuk: Sifat 20 Keagungan Sifat & Keesaannya
ISBN: 9789831840061
Penerbit: Al-Falah Publications
Penulis: Muhammad Ramli
Muka Surat: 179
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.21
Dimensi (inch): 5.5" x 8.4"
Availability: In Stock
price/RM10.90

0 Reviews