Memori Selasa - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya

Memori Selasa - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya

Price:

NOSTALGIA hari Selasa membawa titik hitam dalam sejarah manusia. Pada hari inilah terjadinya pertumpahan darah yang pertama lantaran hasutan syaitan laknat melalui insan yang dinamakan wanita. Segala apa yang dikhuatiri Malaikat menjadi nyata, kerana sifat makhluk yang menjadi khalifah dunia sering disinggahi pancaroba.

Namun setiap kejadian yang dicipta Allah SWT tidak menjanjikan duka nestapa. Segalanya mengandungi hikmah yang tidak dapat dicapai pancaindera. Jadi, hendaklah kita selalu berserah dan pasrah kepadaNya, kerana Dia terlebih Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Tiada hari yang membawa petaka dan tiada hari yang gembira melainkan telah termaktub di Lauh Mahfudz di sisi Yang Maha Pencipta.

Semoga kita dapat terus menambah ilmu dan amalan serta ketakwaan kepada Allah pada setiap hari yang kita lalui demi memakmurkan dunia seperti yang telah diamanahkan oleh Yang Maha Esa, insya Allah.

Buku ini menghuraikan tentang fadhilat, keutamaan, peristiwa, zikir, dan doa pada hari selasa. Ia dapat dijadikan panduan dalam melayari hidup ini dan membentuk jatidiri mukmin sejati.

Tajuk:Memori Selasa - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya
ISBN:983048458X
Penerbit:Darul Nu'man
Penulis:Abu Ahmad Yasin
Muka Surat:110
Halaman:hitam putih
Format:Paperback
Berat (kg):0.120
Dimensi (inch):5 x 7.5
Availability: In Stock
price/RM5.00

0 Reviews