Panduan Istighfar & Taubat

Panduan Istighfar & Taubat

Price:

Setiap manusia tidak sunyi dari melakukan dosa dan noda. Jika tidak melakukan dosa besar, mereka melakukan dosa kecil. Jika tidak melakukan dosa di hadapan orang ramai, mereka melakukan dosa sendirian. Adayang melakukan dosa dengan sengaja, tidak kurang juga yang tidak sengaja. Jika kita muhasabah amalan seharian kita, biasanya ada saja dosa yang kita lakukan.

Apa yang harus kita lakukan? Ya, beristighfar dan bertaubat, itulah jalan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan lantas menyelamatkan diri kita daripada seksaan api neraka. Beristighfar dan bertaubat perlu dengan ilmu, ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kita tidak mahu berpura-pura dalam soal taubat kerana ia menunjukkan sikap sambil lewa dan tidak gentar akan azab Allah.

Buku "Panduan Istighfar & Taubat" bukan sahaja akan menjawap sebarang persoalan tentang istighfar & taubat, malahan memberi kesedaran akan kepentingan taubat serta membimbing anda ke arah menunaikan ibadah istighfar dan taubat yang sempurna.

Tajuk: Panduan Istighfar & Taubat
ISBN: 9789673680436
Penerbit: Al-Hidayah
Penulis: Dr. Mohd Puzhi Usop
Muka Surat: 90++
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.096
Dimensi (inch): 5" x 7"
Availability: Sold Out
price/RM9.90

0 Reviews