Fiqh Empat Mazhab Rahmah Al-Ummah Fi Ikhtilafal A'immah

Fiqh Empat Mazhab Rahmah Al-Ummah Fi Ikhtilafal A'immah

Price:

Mereka mengajar apa yang telah mereka pelajari dan menjelaskan apa yang telah mereka fahami kepada para pengikut mereka. Kemudian, pengikut mereka bertambah ramai. Mereka mendalami ilmu-ilmu pengetahuan sehingga mereka mencapai kedudukan yang tinggi. Mereka berijtihad dengan segala kesungguhan dalam mencari maksud dan kebenaran sebagai sebagai usaha untuk menunaikan amanat. Kemudian, kerana usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebenaran, mereka berbeza pendapat. Perbezaan pendapat mereka merupakan rahmat bagi segenap makhluk.

Buku ini akan memberi manfaat dalam banyak masalah yang diperselisihkan dan yang disepakati oleh seluruh ulama. Kami juga akan menyebutkan hukum-hukum tersebut tanpa mengetengahkan dalil dan alasannya. Hal itu agar mudah bagi mereka yang bermaksud mengetahui pendapat-pendapat para mujtahid saje yang kami susun dengan cara yang mudah dan baik. Buku ini bertajuk Rahmah Al-Ummah Fi Ikhtilafal A'immah (dalam edisi Bahasa Melayu : Fiqh Empat Mazhab). Mudah-mudahan Allah s.w.t menjadikan usaha ini sebagai amal soleh yang menguntungkan serta bermanfaat.

Tajuk:Fiqh Empat Mazhab Rahmah Al-Ummah Fi Ikhtilafal A'immah
ISBN:9789670528465
Penerbit:Jasmin Publications
Penulis:Syeikh Muhammad Ad-Dimasyqi
Muka Surat:600
Halaman:hitam putih
Format:Paperback
Berat (kg):0.669
Dimensi (inch):5.7" x 8.7"
Availability: Sold Out
price/RM38.00

0 Reviews