Solat Empat Mazhab Disertai Dengan Dalil-Dalil Hukum Yang Lengkap

Solat Empat Mazhab Disertai Dengan Dalil-Dalil Hukum Yang Lengkap

Price:
Saya ingin mengatakan, seperti yang diucapkan oleh majoriti ulama, "Mengikut mazhab mana pon hukumnya boleh, sama ada dalam jangka waktu satu jam atau dua jam atausatu hari, satu bulan, satu tahun ataupun lebih, adapun talfiq (sengaja mengambil pendapat-pendapat yang mudah dari para imam mazhab) maka lebih baik kita jangan melakukannya walaupon dibolehkan oleh sebahagian pengikut Imam Malik (Malikiyah) dalam hal ibadah.

Perbezaan antara taklid dan talfiq adalah; jika taklid, seperti contoh seorang pengikut Imam Asy-Syafi'i yang telah berwuduk menyentuh wanita tanpa sengaja dan kemudia ia ingin berpindah mengikut mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa wuduknya tidak terbatal. Tanda ia tahu dalilnya. Hal ini boleh dengan syarat cara bersucinya benar menurut Hanafi serta tidak serta tidak ada sesuatu yang membatalkan wuduk menurut Hanafi seperti keluar darah.

Adapun talfiq, adalah seseorang mengikuti beberapa keringanan ibadah menurut beberapa mazhab. Seperti pengikut Hanafi ketika keluar darah pada dirinya dalam keadaan ada wuduk, ia berkata, "Menurut Asy-Syafi'i ini tidak membatalkan wuduk." Lalu ia menyentuh zakarnya, dan berkata, "Menurut Hanafi ini tidak membatalkan wuduk, kemudian ia tetap melaksanakan sembahyang dengan wuduknya itu." Maka perilaku yang demikian itu disebut talfiq.

Oleh kerana itu, saya mempersembahkan buku ini sebagai hadiah untuk setiap muslim yang berilmu dan faqih, ataupun mereka yang awam dan sering meniru (muqallid).

Untuk mereka yang faqih dan berilmu, buku ini boleh menjadi pengingat dan pelengkap untuk membantu penelitian terhadap dalil-dalil hukum yang ada di buku ini, dan bagi mereka yang awam mudah-mudahan buku ini boleh menjadi hujah atas mazhab yang diikutinya, dan jika ingin mengikuti mazhab lain maka berusahalah untuk mengetahui dan mendalami mazhab yang akan diikutinya sehingga tidak terjadi perselisihan dalam satu mazhab.
Tajuk: Solat Empat Mazhab Disertai Dengan Dalil-Dalil Hukum Yang Lengkap
ISBN: 9789673670048
Penerbit: Berlian Publication
Penulis: Abdul Qadir Rahbawi
Muka Surat: 444
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.509
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: In Stock
price/RM23.90

0 Reviews