Kunci Ibadah Panduan Ilmu Tauhid, Feqah, Tasauf, Akhlak

Kunci Ibadah Panduan Ilmu Tauhid, Feqah, Tasauf, Akhlak

Price:
Kunci Ibadah
Panduan Ilmu Tauhid, Feqah, Tasauf, Akhlak

Adalah diwajibkan bagi setiap manusia yang mengaku beragama Islam untuk memahami serta menghayati ilmu fardhu ain.

Imam Malik berkata: "Barangsiapa berfeqah (bersyariat) dan tidak bertasawuf, maka jadi fasik. Barangsiapa bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka dia adalah kafir zindik. Dan barangsiapa yang menghimpunkan keduanya (syariat dan hakikat) itulah mukmin sejati."

Buku ini menggunakan rujukan dari kitab-kitab tulisan ulama-ulama muktabar yang berteraskan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ianya amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dengan gaya penyampaian dan pengisian kandungannya yang ringkas, pada serta mudah difahami.

Ulasan Mangonet :

Buku fardhu ain tiga serangkai bersaiz poket ini mengandungi butiran-butiran isi penting perkara pokok bagi ajaran agama Islam, dan amat bersesuaian bagi golongan remaja dan dewasa dalam memahami asas-asas ilmu fardhu ain tauhid, feqah dan tasawuf yang mana pihak penyusun iaitu saudara Ahmad Kamal Wong telah menaqalkan isi kandungan buku beliau ini dari kitab-kitab para ulamak yang muktabar seperti Matla Al-Badra'in, Fathul Qarib, Faridatul Faraid, Kifayat Al-Mubtadi, Minhaj Al-Abidin, Idaman Penuntut, dan Bekalan Pelajar. Oleh itu isi kandungan buku ini juga sangat bernilai, padat dan mudah difahami.
Whatsapp untuk pertanyaan
Tajuk: Kunci Ibadah Panduan Ilmu Tauhid, Feqah, Tasauf, Akhlak
ISBN: 9789839118469
Penerbit: Perniagaan Jahabersa
Penulis: Ahmad Kamal Wong
Tahun Terbitan: Cetakan Ketiga 2012
Muka Surat: 231
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.136
Dimensi (cm): 10.5 x 14.5 (pokect size)
Availability: In Stock
price/RM7.90

0 Reviews