Riwayat Hidup 4 Imam Mazhab

Riwayat Hidup 4 Imam Mazhab

Price:

Pada zaman Rasulallah s.a.w, umat Islam tidak menganut mana-mana mazhab kerana pada ketika itu tidak timbul sebab untuk umat islam bermazhab. Kenapa pada zaman Rasulallah s.a.w. umat Islam tidak perlu bermazhab? Kenapa pada zaman kebelakangan sahaja baru umat Islam perlu bermazhab, bahkan diwajibkan mengikuti mazhab?

Ketika di zaman sewaktu Rasulallah masih hidup, umat islam tidak perlu bermazhab kerana segala permasalahan yang timbul akan segera diselesaikan oleh Rasulallah s.a.w. Tetapi setelah kewafatan baginda, bermula dari zaman para sahabat, tabien, tabi at-tabien, maka umat Islam perlu menyelesaikan masaalah yang timbul berpandukan kepada empat sumber hukum yang utama iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' dan Qias sebagai dasar mengistimbatkan hukum.

Maka semenjak daripada itu muncullah Imam Abu Hanifah di Kufah, umat Islam di Iraq mula menumpukan perhatian mereka kepada imam muda ini pula. Begitu juga di Madinah, bila muncul Imam Malik bin Anas, umat Islam berbondong-bondong bertumpu untuk belajar kepadanya, sehingga para pelajar dari Mesir turut serta menuntut ilmu kepada beliau. Begitu juga di Makkah munculnya Imam Asy-Syafie dan di Baghdad pula munculnya Imam Ahmad bin Hanbal.

Buku ini membicarakan berkenaan permulaan hidup setiap imam mazhab hinggalah kepada kewafatan mereka, sangat sesuai dijadikan sumber rujukan dan bacaan seisi keluarga didalam mengenali para imam mazhab.

Tajuk: Riwayat Hidup 4 Imam Mazhab
ISBN: 9831704479
Penerbit: Perniagaan Jahabersa
Penulis: Takiruddin bin Haji Hassan
Muka Surat: 445
Halaman: hitam putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.9
Dimensi (inch): 7" x 10"
Availability: In Stock
price/RM73.90

0 Reviews