Mukjizat Qiamullail Membentuk Insan Cemerlang Dengan Solat Malam

Mukjizat Qiamullail Membentuk Insan Cemerlang Dengan Solat Malam

Price:

Malam adalah rahmat yang diberikan Allah SWT untuk hambaNya merehatkan jasmani dan sejenak... bertafakur, mengingat dan menghitung nikmat yang diberikan olehNya. Di samping itu, malam adalah waktu terbaik bagi seorang hamba bermunajat kepada Ilahi dan memohon ampun atas segala perbuatan dosa yang telah dilakukan di siang hari. Sudah semestinya seorang manusia memperbaiki imannya secara berterusan dengan taubat. Dalam solat malamnya pun, Rasulullah SAW teresak-esak ketika baginda membaca ayat-ayat al-Quran yang berbentuk ancaman.

Solat malam adalah terapi untuk menyejukkan jiwa kita dan waktu yang paling tepat untuk mengakui segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT. Di pertengahan malam, kita memohon kepada Allah SWT agar berkenan memberikan keampunan dan terus meminta tanpa lelah. Ini kerana sebaik mana pun mutu iman seseorang hamba, pasti ada unsur-unsur yang kotor, walaupun sedikit. Hamba yang baik adalah yang terus mengakui dan berusaha memperbaiki kekotoran tersebut. Solat malam adalah saat untuk mengakui kekotoran itu pada Allah SWT, menengadah dan mengetuk pintuNya agar diberikan maghfirah, rahmat dan barakah. Ini disebabkan salah satu hikmah solat malam adalah sebagai wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penghapus dosa. Rasulullah SAW berkata:

"Hendaklah kamu bangun malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (H.R. at-Tirmidzi)1

Perkembangan hati manusia tidak dapat diawasi secara zahir. Tindak-tanduknya pun berbeza dengan anggota tubuh yang lain, dan begitu kompleks dan dapat berubah berkali-kali dalam waktu yang singkat. Padahal, harta umat Islam yang paling berharga terletak dalam hatinya, iaitu iman dan takwa. Bagi yang sudah mendapatkan kedua harta tersebut, sudah semestinya mereka wajib menjaganya hingga ke akhir hayat, dan mati dalam iman dan Islam. Solat malam yang ikhlas, khusyuk dan berterusan adalah salah satu usaha agar hati kita diperkuat dengan asas iman dan Islam.

Selain itu, solat malam adalah kemuliaan bagi orang yang beriman, iaitu orang yang mengambil peduli akan panggilan Allah SWT di pertengahan malam. "Siapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepadaKu nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadaKu tentu Aku ampuni." Hadis riwayat Imam al-Bukhari tersebut adalah bukti kemuliaan malam, bagi semua orang Islam yang berdoa dan memohon keampunan. Semoga Allah SWT memasukkan kita di kalangan orang yang menghidupkan malam dengan solat dan zikir kepadaNya.

1. PRAKATA
2. SEJARAH TAHAJUD 3. QIYAMULLAIL (SOLAT MALAM)

Adab Tidur dan Rahsia Mudah Bangun Malam

Menurut Imam al-Ghazali (Ihya' 'Ulumuddin)
Menurut Ibnu Qudamah al-Maqdisy (Minhajul Qasidin)
Menurut Abu Bakar Jabir al-Jazairi (Minhajul Muslim)
Waktu Qiyamullail
Bacaan Qiyamullail
Qiyamullail Nabi SAW dan Doa Baginda
Doa Rasulullah SAW selepas Qiyamullail
Riwayat at-Tirmidzi
Riwayat Imam Malik
Qiyamullail pada Bulan Ramadhan
Keutamaan Qiyamullail
Malamnya Bagi Orang Soleh
Al-Fudhail ibn 'Iyadh
Imam As-Syafi'i
Sufyan ats-Tsauri
Malik bin Dinar
Abu Sulaiman ad-Darani
Dzun Nun Al-Mishri
Muhammad bin Yusuf at-Thusi
Amr bin Dzarr
al-Khawash
Rabi'ah al-'Adawiyah
Bagi yang Tidak Solat Malam
Qiyamullail untuk Kesihatan Jasmani
4/SOLAT WITIR
Pesanan berkenaan solat witir
Anjuran mengerjakan solat witir
Waktu solat witir
Solat witir tiga rakaat
Surah-surah yang dibaca
Mengajak anggota keluarga mengerjakan solat witir
Zikir selepas solat witir
Witir dua kali dalam semalam
Solat witir satu rakaat
Ibnu Umar dan dakwah solat witir
DOA QUNUT DALAM SOLAT WITIR
DOA SELEPAS WITIR
5/ TERAPI HATI
Taubat
Mengingati Mati dan Tidak Banyak Berangan-Angan
a. Pendapat beberapa ulama tentang mengingati mati
b. Cara membiasakan diri mengingati mati
c. Tanda kejayaan dalam membina "ingat mati"
Zuhud
a. Hakikat dunia
b. Pendapat Rasulullah SAW mengenai dunia
c. Jangan jadikan dunia sebagai tujuan hidup
d. Kesederhanaan hidup Nabi SAW dan para sahabat
e. Hati-hati dengan dunia
Menangis
a. Anjuran menangis menurut ayat al-Quran dan hadis
b. Menangis kerana takut pada Allah SWT
c. Menangis ketika membaca al-Quran
d. Beberapa faktor yang dapat menimbulkan tangisan
Istighfar a. Makna istighfar
b. Ayat-ayat yang menganjurkan istighfar
6/ DOA
Adab dan Tatacara Doa Mustajab
Manfaat dan Keutamaan Doa
Waktu-Waktu Mustajab dan Orang yang Doanya Dikabulkan
Sebab Doa Tidak Mustajab
Doa-Doa Rasulullah SAW
Tajuk: Mukjizat Qiamullail Membentuk Insan Cemerlang Dengan Solat Malam
ISBN: 9789675137907
Penerbit: PTS Islamika
Penulis: Yusni A. Ghazali
Muka Surat: 208
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.19
Dimensi (inch):
Availability: In Stock
price/RM8.90

0 Reviews