Menyuci & Mengubati Penyakit Hati

Menyuci & Mengubati Penyakit Hati

Price:

Akhlak yang baik dan mulia adalah sifat para rasul dan amalan para shiddiqin. Merupakan separuh dari nilai agama, hasil jihad kejiwaan dan inti latihan mental ahli ibadah dan takwa seorang hamba. Menjadi satu daripada anak kunci pintu kenikmatan syurga kepada golongan dikasihi Allah SWT.

Manakala akhlak yang keji merupakan sumber seluru kejahatan manusia. Sama ada kekejaman yang membinasakan, penyimpangan moral yang memalukan, kehinaan maruah, kebusukan peribadi dan pelbagai lagi perilaku yang menjauhkan kita dari Rabbul-'Alamin. Malah menjerumuskan kita ke dalam kelompok syaitan terkutuk yang bakal menajadi bahan bakar api neraka.

Akhlak yang buruk adalah menifestasi penyakit hati. Penyakit yang membinasakan diri kita malah mengancam manusia dan makhluk Allah yang lain. Sementara kita begitu menitik beratkan penyakit jasad yang hanya membahayakan kehidupan di dunia yang fana, tentulah perhatian jauh lebih besar sangat perlu untuk menghindar, menyuci dan mengubati penyakit hati kerana akibatnya bukan sahaja di dunia malah di akhirat yang kekal abadi.

Tidak ada hamba Allah yang terkecuali dari penyakit hati. Seperti ditegaskan Allah betapa beruntungnya seorang hamba yang menyucikan hatinya (Ayat 8, 9 & 10 Surah Asy-Syams). Demikianlah buku ini akan mengupas secara padat dan ringkas tentang penyakit hati dan kaedah mengubatinya. Awas! Jika dibiarkan pasti merebak, menompok, melekat dan parah. Sebelum terlewat sucikan dan ubatinya.

Tajuk: Menyuci & Mengubati Penyakit Hati
ISBN: 9833092225
Penerbit: Pustaka Azhar
Penulis: Zainuddin Mustabaie
Muka Surat: 130
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.124
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: In Stock
price/RM12.90

0 Reviews