Maulid Nabi S.A.W. Bolehkah Kita Merayakannya?

Maulid Nabi S.A.W. Bolehkah Kita Merayakannya?

Price:

Buku yang bertajuk "Maulid Nabi s.a.w. Bolehkah Kita Merayakannya" adalah terjemahan dari kitab حول الاحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف karangan Al Allamah Dr. Sayyid Muhammad Bin 'Alawi Al Maliki ini adalah suatu inisiatif yang dilakukan al-marhum al-'Allahmah al-Muhaddith Dr. as-Sayyid Muhammad bin as-Sayyid 'Alawi al-Maliki dalam penulisannya.

Beliau menyusun tulisannya ini secara ilmiyyah, iaitu dengan memperkayakan data-data yang berkaitan permasalahan maulid, bukti-bukti sejarah, serta tidak lupa juga dalil-dalil yang memadai, baik daripada Al Quran mahupun as Sunnah yang merupakan dalil naqli.

Beliau mengulas serta mengolah kesemuanya dengan begitu baik, di samping menggunakan bahasa yang mudah difahami orang ramai, lebih-lebih lagi bagi golongan yang terpelajar. Hal itu disokong pula oleh susunan penulisannya yang sistematik. Itu semua adalah gaya penulisan beliau hingga membuatkan karyanya diminati orang ramai.

Semoga buku ini memberi manfaat besar kepada para pembacanya, sertaganjaran Allah s.w.t. kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Kami juga memohon agar Allah s.w.t. sentiasa memberi kita semua hidayah dan inayah-Nya sehingga kita sentiasa tetap berada dan selalu melangkah ke jalan yang lurus dan yang diredhai-Nya. Aamin.

Tajuk: Maulid Nabi S.A.W. Bolehkah Kita Merayakannya?
ISBN: 9789675549373
Penerbit: Mawleed Publishing
Penulis: Dr. as-Sayyid Muhammad bin as-Sayyid 'Alawi al-Maliki
Muka Surat: 000
Halaman:
Format: Paperback
Berat (kg): 0.182
Dimensi (inch): 6" x 9"
Availability: In Stock
price/RM18.90

0 Reviews