Mastika Hadits Rasulullah S.A.W. Muqaddimah Dan Jilid Yang Pertama (Jawi)

Mastika Hadits Rasulullah S.A.W. Muqaddimah Dan Jilid Yang Pertama (Jawi)

Price:

KATA ALU-ALUAN

Yang Amat Berhormat Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussin

Perdana Menteri, Merangkap Pengerusi, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia.

Dengan hati yang khusyuk dan penuh kesyukuran, saya mengemukakan kitab ‘Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah SAW’ ini kepada masyarakat. Kitab ini merupakan muqaddimah dari siri himpunan hadith-hadith pilihan yang mengandungi panduan-panduan yang lengkap dari Rasulullah SAW mengenai agama Islam yang maha suci. Saya difahamkan bahawa siri ini mengandungi tiga jilid yang disiapkan satu jilid pada tiap-tiap tahun bersempena dengan tiap-tiap kali pertandingan membaca al-Quran al-Karim.

Kitab ini merupakan muqaddimah dari siri himpunan hadith-hadith pilihan yang mengandungi panduan-panduan yang lengkap dari Rasulullah SAW mengenai agama Islam yang maha suci. Saya difahamkan bahawa siri ini mengandungi tiga jilid yang disiapkan satu jilid pada tiap-tiap tahun bersempena dengan tiap-tiap kali pertandingan membaca al-Quran al-Karim.

Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah’ ini adalah merupakan intisari daripada kandungan ketiga-tiga jilid ‘Mastika Hadith Rasulullah’ yang akan dikeluarkan selepas ini, dan ‘Muqaddimah’ ini diterbitkan bersempena dengan pertandingan membaca al-Quran tahun 1973 Masihi – 1393 Hijrah.

Sebagaimana dimaklumi, bahawa sebelum ini kitab tafsir al-Quran ‘Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian al-Quran’ telah diterbitkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam tiga jilid dan telah mendapat sambutan yang sangat baik dari seluruh masyarakat Islam negara kita ini. Kitab ‘Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian al-Quran’ itu telah membawa pengertian al-Quran dengan huraian yang jelas, bahasa yang baik dan cetakan yang sempurna kepada umat Islam negara kita ini.

Kitab ‘Mastika Hadith Rasulullah’ ini pula adalah lanjutan yang perlu dari kitab Tafsir al-Quran itu tadi, untuk memberi huraian yang lebih jelas dan terang lagi tentang Islam dan ajaran-ajarannya dari hadith-hadith Rasulullah SAW, junjungan yang diutuskan untuk membawa petunjuk Allah kepada umat manusia.

Saya yakin bahawa himpunan hadith yang terkandung dalam ‘MastikaHadith Rasulullah SAW’ ini akan tambah menyuburkan semaian benih Islam di dada umat Islam di negara kita ini dan di mana-mana juga kitab ini digunakan. Himpunan hadith yang terdapat dalam siri ‘Mastika Hadith Rasulullah SAW’ ini adalah himpunan julung-julung kali seumpamanya diadakan, dengan cara yang tersusun dan meliputi seluruh aspek Islam. Usaha ini adalah usaha yang besar dan akan mendapat berkat keredhaan Allah.

Maka saya suka mengambil kesempatan ini untuk mengaturkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sahib Al-Fadhilah Dato’ Haji Muhammad Noor Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan, kerana usahanya menyusun himpunan hadith ini bersama-sama dengan Al-Fadhil Haji Ismail bin Yusof, Penolong Muft i Kerajaan Kelantan dan Al-Fadhil Sheikh Abdullah Basmeih yang memberikan usaha tenaga yang besar dalam menjayakan usaha ini. Mudah-mudahan kitab ‘Muqaddimah Mastika Hadith Rasulullah SAW’ ini, dan jilid-jilid yang berikutnya dalam siri ‘Mastika Hadith Rasulullah SAW’, akan dapat memberi manfaat kepada kaum muslimin, dan diterima Allah sebagai suatu bakti dalam menyebarkan ajaran-ajaran suci junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW

Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussin
Tajuk: Mastika Hadits Rasulullah S.A.W. Muqaddimah Dan Jilid Yang Pertama (Jawi)
ISBN:
Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Penulis: Dato Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahimal-Fadhil, Tuan Haji Ismail bin Haji Yusof, Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih
Muka Surat: 000
Halaman: hitam putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.5
Dimensi (inch): 7" x 10"
Availability: In Stock
price/RM40.90

0 Reviews