Teks Pengajian Islam - Huraian Ayat-Ayat Hukum Jilid 2

Teks Pengajian Islam - Huraian Ayat-Ayat Hukum Jilid 2

Price:
Huraian Ayat-Ayat Hukum adalah sebuah buku yang ditulis khusus untuk para pencinta ilmu, pelajar-pelajar menengah tinggi dan juga institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang tafsir dan perundangan sebagai sebuah teks rujukan demi menyahut saranan kerajaan dan masyarakat ekoran kekurangan bahan-bahan rujukan ilmiah di Malaysia.

Bahan-bahan rujukan yang berkaitan ayat-ayat hukum telah dikumpul oleh penulis dari kelompok kitab-kitab arab, jawi dan karangan ulama semasa yang banyak berselerak dan kemudian diinterpretasikan kedalam bentuk kehendak semasa.

Buku yang serba sederhana ini disusun berdasarkan sistem pendidikan terkini dengan olahan bahasa yang mudah difahami. Antara lain ianya disertakan dengan pendapat-pendapat ulama berserta hujah yang disandarkan kepada dalil nash.

Buku ini terhasil adalah untuk membantuk para pelajar memudahkan pembelajaran, menanam sikap minat kepada ilmu, sebagai perintis awal kepada pencinta ilmu mendalamkan kajian mereka dalam bidang ini dan sebagai sumbangan kepada khazanah karya ilmiah di kalangan ahli akademik di negara ini.

Semoga dengan terhasilnya buku ini akan menjadi insentif kepada diri penulis dan masyarakat umum untuk mendalami setiap bidang ilmu dan menyampaikan kepada orang lain mengikut kadar kemampuan tanpa mengira bidang pengkhususan.
Tajuk: Teks Pengajian Islam - Huraian Ayat-Ayat Hukum Jilid 2
ISBN: 9789679755770
Penerbit: Pustaka Salam
Penulis: Dr. Abdul Latif Muda
Muka Surat: 524
Halaman: hitam putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.63
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: In Stock
price/RM27.50

0 Reviews