Darah Wahabi Meyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi

Darah Wahabi Meyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi

Price:
Menyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi

Bukan sekadar mengatakan itu bidaah dan ini bidaah, Wahabi sebenarnya mempunyai rentetan sejarah hitam yang sungguh tragis. Mereka menjadikan kuasa politik sebagai satu anjakan untuk menubuhkan gerakan bagi menyebarkan fahaman mereka. Apabila gerakan ini ditentang oleh pemerintah dan ulama, mereka mula bertindak ganas dan melancarkan peperangan.

Para kadi dan ulama di Ta'if diseret dari rumah mereka, diseksa dan dibunuh. Penduduk Makkah dikepung dan diputuskan bekalan makanan sehingga ramai yang mati kelaparan. Umat Islam di timur Jordan disembelih seperti menyembelih kambing. Dan berbagai-bagai lagi pembunuhan dan penyeksaan yang dilakukan oleh tangan-tangan orang yang mendakwa membawa tajdid ad-din (pembaharuan agama).

Darah Wahabi: Menyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi mendedahkan segala fakta tentang Wahabi yang dibangunkan di atas linangan air mata dan darah umat Islam sendiri. Ternyata mereka bukanlah gerakan tajdid (pembaharuan) tetapi lebih tepat sebagai gerakan terrorist. 

Biodata Penulis

Ustaz Ahmad Faidzurrahim anak kelahiran negeri Mat Kilau, Pahang. Mendapat pendidikan awal daripada ayahanda beliau sendiri iaitu almarhum Tuan Guru Hj. Mohd. Alwi b. Hj. Abd. Hamid yang pernah berguru dengan Syeikh Yasin al-Fadani dan Syeikh Sayid Alawi al-Maliki di Makkah. Selain melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, beliau juga mengikuti pengajian berkitab di Syria, Jordan, Makkah dan beberapa tempat di Timur Tengah, lantas memiliki ijazah bersanad dalam ilmu tradisi Islam daripada para alim ulama dan khususnya ilmu Ahli Sunnah Waljamaah.
Tajuk: Darah Wahabi Meyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi
ISBN: 9789671151037
Penerbit: Darul Taklim
Penulis: Ahmad Faidzurrahim
Muka Surat: 199
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.3
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: Sold Out
price/RM19.90

0 Reviews