Darah Syiah: Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah

Darah Syiah: Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah

Price:
Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah

"Kemustahilan taqrib (pendekatan pemahaman) antara golongan kaum Muslimin (sunni) dengan golongan Syiah, disebabkan mereka berbeza dengan umat islam yang lain dalam masalah usul (dasar-dasar agama). Hal ini sebagaimana diakaui dan dijelaskan oleh al-Nasir al-tus serta disokong oleh Nikmatullah al-Musawi al-Khunsaari, malah diakaui oleh semua kaum Syiah. Dan, jika sikap tersebut sudah ada sejak zaman al-Nasir al-Tusi, maka pada zaman Bakir al-Majlisi berlangsung semakin tambah keras dan sengit." (Syeikh Mahbuddin al-Khati dalam kitab alKhuthuth al-Aridhah)

"aku telah hidup berdampingan dengan kaum Syiah baik di Iraq, Saudi, mahupun Lebanon selama 80 tahun. kami biasa berdiskusi dan berdebat dengan mereka, dan nampak bagiku seyakin-yakinnya sebuah gambaran bahawa mereka telah melakukan penyelewengan-peneyelewengan dalam kitab-kitab rujukan dasar mereka." (Dr. Ahmad al-Afghani dalam Saraab Fi Iran)

"aku telah memebentuk satu jawatankuasa untuk mewujudkan taqrib (penyatuan/pemahaman) antara Sunni dengan Syiah di Kaherah sejak empat dekad, akan tetapi sebaliknya kaum Syiah menolak untuk membentuk jawatankuasa yang sama di pusat-pusat kajian ilmiah mereka seperti Najaf, Qum dan selainya kerana mereka hanya menginginkan kita lebih dekat terhadap agama mereka. (Dr. Mustafa al-Siba'i dalam kitab Al-Sunnah wa Makaanatuha Fi al-Tasyri' al-Islami)

Biodata Penulis

Ustaz Ahmad Faidzurrahim anak kelahiran negeri Mat Kilau, Pahang. Mendapat pendidikan awal daripada ayahanda beliau sendiri iaitu almarhum Tuan Guru Hj. Mohd. Alwi b. Hj. Abd. Hamid yang pernah berguru dengan Syeikh Yasin al-Fadani dan Syeikh Sayid Alawi al-Maliki di Makkah. Selain melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, beliau juga mengikuti pengajian berkitab di Syria, Jordan, Makkah dan beberapa tempat di Timur Tengah, lantas memiliki ijazah bersanad dalam ilmu tradisi Islam daripada para alim ulama dan khususnya ilmu Ahli Sunnah Waljamaah.
Tajuk: Darah Syiah: Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah
ISBN: 9789671151006
Penerbit: Darul Taklim
Penulis: Ahmad Faidzurrahim
Muka Surat: 210
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.3
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: In Stock
price/RM19.90

0 Reviews