Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz - Menegak Keadilan Dan Membanteras Penyelewengan Di Bawah Sistem Pemerintahan Islam

Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz - Menegak Keadilan Dan Membanteras Penyelewengan Di Bawah Sistem Pemerintahan Islam

Price:
Khalifah Zuhud
Umar Bin Abdul Aziz

Setiap manusia adalah pemimpin, sama ada pemimpin kepada diri dan anggota badannya, keluarganya, masyarakatnya, persekitarannya atau negaranya. Untuk menjadi pemimpin sejati, kita perlu melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu, kualiti dan kemahiran yang kadang-kadang sudah semulajadi tertanam di dalam diri kita.

Namun begitu, ada juga yang boleh di asah dan di asuh untuk menjadi pemimpin terbilang dengan memperbanyakkan membaca serta menghadiri program-program dan bengkel kepimpinan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Ilmu pengetahuan adalah asas kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Ia juga menjadi faktor kemajuan individu, masyarakat dan negara. Ia juga menjadi ukuran utama keberkesanan kepimpinan seorang pemimpin. Pemimpin yang berilmu mampu mentadbir dengan dinamik dan efektif.

Sudah menjadi lumrah alam, kebiasaannya para pemimpin akan beroleh kedudukan dan kemewahan yang kadang-kadang menjadi mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai nakhoda kapal yang sedang belayar.

Amat jarang kita mendengar tentang pemimpin yang zubud ataupun tidak terpesona dengan kemewahan duniawi. Ciri-ciri pemimpin yang zuhud sebenarnya terdapat dalam diri khalifah agung Umar Abd Aziz. Kisah kezuhudanya patut diterokai dan dicontohi.

Kisah kepimpinan Khalifah Umar Abd Aziz yang terkenal dengan kezuhudannya dipaparkan dengan terperinci di dalam buku ini. Dengan menghayati kisah-kisah kezuhudannya, Insya Allah ia akan memberi kesan kepada kita untuk menjadi pemimpin yang bukan sahaja mengutamakan rakyat daripada diri dan keluarga sendiri, bahkan akan melahirkan pemimpin bertaqwa yang berjaya di dunia dan akhirat.

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.
Tajuk: Khalifah Zuhud Umar Bin Abdul Aziz - Menegak Keadilan Dan Membanteras Penyelewengan Di Bawah Sistem Pemerintahan Islam
ISBN: 9789673680337
Penerbit: Al-Hidayah
Penulis: Abdul Aziz Sayyid Al-Ahli
Penterjemah: Ustaz Ammar Lukman
Muka Surat: 331
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.47
Dimensi (inch): 6" x 9"
Availability: In Stock
price/RM23.90

0 Reviews