Siri Empat Puluh Hadis

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah tauladan bagi ummatnya. Keperibadiannya yang tinggi dan akhlaknya yang mulia telah diakui oleh kawan dan lawan. Baginda telah dicintai oleh sahabat-sahabatnya dengan sepenuh perasan dan setulus hati.

Manakala lawannya pula tidak ada yang meragukan tentang kejujuran dan amanahnya. mereka memusuhinya bukan kerana tidak percaya dengan keperibadiannya, tetapi didorong oleh sifat angkuh dan tamak terhadap kuasa yang sedang mereka sandang.

Buku ini memaparkan kepada kita contoh-contoh yang ideal dari ketinggian akhlak baginda dan memuatkan tunjuk ajar yang Baginda berikan untuk membimbing kita kearah kesempurnaan akhlak yang merupakan gambaran luar terhadap kekuatan iman yang hunjam di dalam hati.

Buku terbitan Khazanah Banjariah ini adalah hasil dari susunan Al-Fadhil Al-Ustaz Fahmi Zamzam (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki).

K.H. Ahmad Fahmi bin Zamzam, M.A. yang memiliki nama pena Abu Ali Al-Ban­jari An-Nadwi Al-Maliki (lahir di Amuntai, Hulu Sungai Utara, Kalimantan Selatan, 9 Juni 1959) adalah seorang ulama asal Kalimantan Selatan yang sejak lebih dari dua puluh tahun yang lalu ia telah mengabdikan dirinya di Kedah, Malaysia, dan di tempat-tempat lain. Di samping itu ia terus mengajar dan berdakwah di Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur dan daerah-daerah lain di Indonesia.
Tajuk: Empat Puluh Hadis Akhlak Mulia
ISBN: 983205236x
Penerbit: Khazanah Banjariah
Penulis: Syeikh Fahmi Zamzam Al-Banjari
Muka Surat: 106
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.17
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: In Stock
price/RM9.90

0 Reviews