Memori Ahad - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya

Memori Ahad - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya

Price:

SETIAP detik yang berlalu pasti tiada berganti. Himpunan detik dan waktu terkumpul di dalam batasan hari. Hari demi hari yang berganti akan membawa umur insan menghampiri panggilan Ilahi. Ahad sebagai permulaan, ketika Allah SWT mula menciptakan kejadian. Di sinilah bermula saat yang menjadi penentu, sama ada kebaikan Syurga atau keburukan Neraka yang menunggu.

Diari Ahad dipenuhi dengan berbagai cerita. Dari kisah Qarun yang ditenggelamkan kerana tamakkan harta hingga pengorbanan Masyitah yang rela direnggut maut dan direbus lantaran mempertahankan cinta. Cinta kepada Yang Esa. Selain itu, ia merupakan hari yang mulia kepada kaum Nasrani yang derhaka kerana berani mengubah suai wahyu Allah Yang Maha Perkasa mengikut hawa nafsu dan serakah jiwa.

Semoga buku ini dapat menjadikan kita prihatin dengan setiap detik yang berlalu serta selalu menjaga waktu demi kebahagiaan di dunia dan hari Akhirat, insya Allah.

Tajuk:Memori Ahad - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya
ISBN:9830464563
Penerbit:Darul Nu'man
Penulis:Abu Ahmad Yasin
Muka Surat:102
Halaman:hitam putih
Format:Paperback
Berat (kg):0.120
Dimensi (inch):5 x 7.5
Availability: In Stock
price/RM5.00

Klik untuk paparkan imej

0 Reviews