MATLA' AL BADRAIN WA MAJMA AL BAHRAIN - KITAB FIQH IMAM SYAFIE YANG TERKENAL DI NUSANTARA

MATLA' AL BADRAIN WA MAJMA AL BAHRAIN - KITAB FIQH IMAM SYAFIE YANG TERKENAL DI NUSANTARA

Price:
KITAB FIQH IMAM SYAFIE YANG TERKENAL DI NUSANTARA MATLA' AL BADRAIN WA MAJMA AL BAHRAIN OLEH SYEIKH MUHAMMAD BIN ISMAIL DAUD AL FATHONI.

Telah berkata Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathani.

Bahawasanya tatkala bapa saya meminta agar saya menghimpun dan mengumpulkan baginya sesuatu daripada kelebihan ilmu, akidah-akidah dan sebahagian bab-bab ilmu fiqh yang dianggap perlu yang diterjemahkan ke dalam bahasa kami (Bahasa Melayu) supaya memperdekatkan fikiran kepada memahaminya, saya menjunjung permintaannya demi mengharapkan dapat melaksanakan sebahagian daripada kebajikan.

Lalu saya menghimpunkan beberapa masalah di dalam kitab ini yang diringkaskan daripada beberapa buah kitab yang muktabar. Oleh itu, segala bahan-bahan yang ada di dalam kitab ini adalah dipetik daripada mutiara-mutiara kitab-kitab tersebut yang dinisbahkan kepadanya.

Segala isi kandungannya yang betul maka adalah ia dari kandungan dan simpanannya (kandungan kitab-kitab yang muktabar), dan segala isi kandungannya (kandungan kitab ini) yang tersalah adalah ia lahir dari tergelincir dan tersalah pena daripada saya semasa menyusun ibarat-ibaratnya.

Oleh yang demikian, diharap kepada sesiapa yang melihatnya supaya membetulkannya dengan cara lemah lembut dan menghapuskan kesan-kesan kesilapan. Sesungguhnya orang yang mulia ialah mmereka yang membetulkan kesilapan saudaranya dan melepaskannya daripada kecacatan tersalah penanya padanya dan saya namakannya: Matla' Al Badrain wa Majma'ul Bahrain

Semoga Allah menjadikannya semata-mata kerana Zat-nya yang Maha Mulia dan tiada daya dan upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tingi lagi Maha Besar.

Ketahuilah olehmu! Bahawasanya kami himpunkan di dalam kita yang kecil ini beberapa perkara iaitu kami sebutkan beberapa hadis Nabi SAW di dalamnya beberapa hadis Nabi SAW di dalamnya berhubung dengan kelebihan ilmu dan (dijelaskan) Rukun Islam, Rukun Iman, Ilmu tauhid dan Ilmu Fiqh. (Mengikut) peraturan ini, kami mulakan (kitab ini) dengan menyebut kelebihan ilmu dan kami memohon pertolongan Allah SWT di permulaan dan kesudahan pekerjaan kami.

Tajuk: MATLA' AL BADRAIN WA MAJMA AL BAHRAIN - KITAB FIQH IMAM SYAFIE YANG TERKENAL DI NUSANTARA
ISBN:
Penerbit: Self Publish
Penulis: Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathani
Muka Surat: 351
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.60
Dimensi (inch): 7" x 10"
Availability: In Stock
price/RM22.90

0 Reviews