Kuasa Usul Fiqh: Membina Asas Kefahaman Ilmu Berstruktur

Kuasa Usul Fiqh: Membina Asas Kefahaman Ilmu Berstruktur

Price:

Sesungguhnya ilmu ushul fiqh ialah menara kepada fatwa dan hukum. Pegangan dan asas kepada semua mufti dan fuqaha. Menjadi satu kesalahan bagi seorang mufti atau pengkaji fiqh mengeluarkan fatwa atau pandangan fiqh tanpa menguasai ilmu ushul fiqh.

Melalui pemerhatian yang dibuat, kelemahan fatwa atau pandangan fiqh berpunca daripada seseorang yang tidak menguasai ilmu ushul fiqh dengan sahih dan mendalam sehingga fatwanya menjadi syaz atau tidak menepati waqi' yang berlaku di sekelilingnya.

Usul fiqh ialah pintu kepada ilmu fatwa dan tarjih atau ijtihad. Ia juga medan yang sangat mencabar kerana berkaitan dengan hukum Allah yang berhajat kepada amanah dan kelayakan untuk menjadi rujukan orang ramai dalam mengeluarkan hukum-hakam.

Buku ini mengandungi soal jawab usul fiqh, daripada mukadimah usul fiqh sehinggalah bab ijtihad. Kemudian, diikuti dengan perbahasan takhril, seterusnya ditutup dengan adaptasi kitab yang agung, iaitu al-Waraqat oleh Imam al-Haramain.

Semoga buku kecil ini mampu menjadi pembuka jalan kepada mereka yang cintakan ilmu syariah, khususnya ilmu ushul fiqh. Walaupon ia kecil, namun insya-Allah cukup memberi sejuta manfaat buat pembaca seperti kalung yang kecil cukup memenuhi leher.

Mengenai Penulis: Fauwaz Fadzil Noor

Merupakan graduan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang syariah Islam. Dianugerahkan Sijil Kemahiran Fatwa daripada badan fatwa di Mesir dan merupakan ahli Persatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Mempunyai ijazah ilmiah untuk mengajar kitab-kitab fiqh dan ushul Mazhab Syafi'i daripada ulama-ulama Timur Tengah. Selain aktif dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia, beliau juga merupakan penggubal silibus kitab turath, berkemahiran dalam ushul fiqah serta fiqh perubatan dan sebagainya. Aktif menyampaikan ceramah di telivisyen dan radio Klasik.fm dalam segmen Nur D'klasik serta merupakan kolumnis majalah Solusi. Kini bertugas sebagai konsultan syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd. dan penasihat syariah di Alliance Islamic Bank serta Gumash Colour Sdn. Bhd.

Tajuk: Kuasa Usul Fiqh: Membina Asas Kefahaman Ilmu Berstruktur
ISBN: 9789673884339
Penerbit: Telaga Biru
Penulis: Fauwaz Fadzil Noor
Muka Surat: 124
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.18
Dimensi (inch): 5.5" x 8.3"
Availability: In Stock
price/RM12.90

0 Reviews