Debat Islam Kristian: ADAKAH JESUS TUHAN? Sheikh Ahmad Deedat vs Pastor Stanley Sjoberg

Debat Islam Kristian: ADAKAH JESUS TUHAN? Sheikh Ahmad Deedat vs Pastor Stanley Sjoberg

Price:

Perdebatan yang diberi judul "Adakah Jesus Christ Tuhan?" berlangsung di Stockholm, Sweden. Sheikh Ahmad Deedat telah membuktikan kepalsuan dakwaan orang Kristian yang mengatakan Nabi Isa A.S (Jesus Christ) adalah Tuhan.

Berikut adalah kenyataan Sheikh Ahmad Deedat yang tidak berupaya disahut oleh Pastor Stanley sehingga ke akhir perdebatan tersebut: "Pastor Stanley mengatakan bahawa Nabi Islam (Muhammad SAW) telah menyuruh kita menghormati Injil. Itu benar, tetapi Injil yang mana? Injil yang disuruh oleh Nabi Islam supaya kami menghormatinya ialah Injil Isa A.S. Akan tetapi Injil yang ada pada hari ini bukannya Injil Isa A.S. Kami diperintahkan supaya menghormati apa yang diturunkan oleh Allah kepada Isa, bukannya Injil Matius, bukan Injil Markus, bukan Injil Lukas dan bukan Injil Yohanes. Adakah sesiapa sekarang ini yang mempunyai Injil Isa AS? Tunjukkan kepada kami Injil Isa A.S, kerana kami menghormati Injil Isa A.S.

Oleh kerana Pastor Stanley mendakwa Isa A.S pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan, maka silakan tunjukkan kepada saya buktinya, silakan, tunjukkan kepada saya. Tunjukkan kepada saya, di mana Nabi Isa A.S mengatakan "Akulah Tuhan" atau "Sembahlah aku ...?"

Tajuk:Debat Islam Kristian: ADAKAH JESUS TUHAN? Sheikh Ahmad Deedat vs Pastor Stanley Sjoberg
ISBN:9789832806165
Penerbit:Sinar Media Services
Penterjemah:Muhammad Ramzi Omar
Muka Surat:154
Halaman:hitam putih
Format:Paperback
Berat (kg):0.228
Dimensi (inch):5" x 8.5"
Availability: Sold Out
price/RM7.90

0 Reviews