Solat Rasulullah SAW

Solat Rasulullah SAW

Price:

Sembahyang atau solat adalah merupakan ibadat yang paling penting dalam Islam. Setiap orang mukmin, baik kanak-kanak atau dewasa wajib menunaikannya. Tetapi ramai orang mukmin yang masih kurang mendapat panduan yang betul dalamibadat solat mereka.

Buku panduan solat ini disusun berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diamalkan oleh para sahabat dan disahkan oleh para ulama mujtahidin dalam kitab-kitab mereka yang muktabar.

Setiap orang mukmin wajib mempelajari kaedah solat yang betul seperti yang dikerjakan oleh Rasulullah saw, kerana baginda telah bersabda:

Solatlah seperti mana kamu lihat aku solat.

Disebabkan itu buku ini diberi nama Solat Rasulullah SAW.

Kami memohon dari Allah taufik dan hidayahNya dan bersyukur atas keizinanNya, malah berharap agar buku ini akan memberikan manfaat kepada kaum muslimin dan muslimat seluruhnya. InsyaAllah Amin.

~ Penyusun.

Tajuk: Solat Rasulullah SAW
ISBN: 9789670228020
Penerbit: Progressive Publishing
Penulis: Mustaffa Suhaimi
Muka Surat: 000
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.2
Dimensi (inch): 5.5" x 7.5"
Availability: In Stock
price/RM10.90

0 Reviews