Teks Komprehensif Pengajian Islam: Pengantar Ilmu Mantik

Teks Komprehensif Pengajian Islam: Pengantar Ilmu Mantik

Price:

Buku ini disusun khas untuk panduan pencinta ilmu dan dalam menangani kekurangan sumber dan kekurangan rujukan dalam bidang mantiq khasnya dan bagi para pelajar yang menghadapi peperiksaan di peringkat Sekolah Tinggi dan Universiti. Melalui buku ini, penulis membuat susunan lengkap, kemas, tersusun dan olahan bahasa yang mudah difahami beserta contoh semasa.

Buku ini mengandungi perbincangan mengenai Mantiq Qadim dan Hadith yang disusun di dalam bahagian-bahagian yang berasingan.

Ustaz Abd Latif Muda dan Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Kota Bharu, Universiti Malaya Nilam Puri dan Kuala Lumpur (Pra hingga PhD), Universiti Al al-Bayt Jordan (B. Arab), Ijazah Qira'ah dari Syeikh al-Sayyid Ali 'Abd al-Majid Syubra Mesir serta beberapa ulama Asia Barat yang penulis sempat menggarap ilmu daripada mereka, antaranya:

Dr Abd Malik Sa'di (Bekas Mufti Iraq dan pensyarah Universiti Mu'tah Jordan), Dr. Muhammad Sa'id Hawa (Univesiti Mu'tah), Dr Abdullah Dumaji (Univerisiti Umm al-Qura, Mekah), Dr. Yusuf Ali (Universiti Al al-Bayt) serta Dr. Zainal Abidin (Universiti Al al-Bayt, Jordan).

Penulis-penulis ini aktif menyumbang karya ilmiah Pengajian Islam, terbitan Pustaka Salam, DBP dan JAKIM, antaranya: Tokoh-tokoh hadis, siri akidah, Khulafak Rasyidin, Riwayat Israiliyyat: Propaganda Yahudi dan Nasrani dan sebagainya. Penulis juga bertindak sebagai penilai, penterjemah, pengadoptasi, penyunting dan penyemak bahan-bahan ilmiah, antaranya: Tafsir al-Wasit (3 jilid) Prof. dr. Wahbah al-Zuhaili JAKIM, Riyad al-Salihin, Manhaj Aqidah Imam al-Syafi'i, Ensiklopedia Sirah VI DBP dan sebagainya.

Tajuk: Teks Komprehensif Pengajian Islam: Pengantar Ilmu Mantik
ISBN: 9789679755435
Penerbit: Pustaka Darus Salam
Penulis: Dr. Abdul Latif Muda & Dr. Rosmawati Ali
Muka Surat: 345
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.39
Dimensi (inch): 6" x 9"
Availability: In Stock
price/RM20.90

0 Reviews