Terjemahan Tuhfatal Maridh Hiburan Untuk Orang Sakit

Terjemahan Tuhfatal Maridh Hiburan Untuk Orang Sakit

Price:

Judul asal buku ini adalah Tuhfatal Maridh karya Abdullah bin Al-Ju'aithin dalam bahasa arab yang telah diterjemahkan oleh Kathur Suhardi kedalam bahasa Melayu dan diterbitkan oleh Pustaka Syuhada.

Buku ini ditulis sebagai bingkisan hadiah untuk orang sakit , hiburan bagi orang yang menderita dan huluran kasih sayang bagi orang yang sedang mendapat cubaan. Di dalamnya penulis mengetengahkan hikmah penyakit dan manfaatnya. Penulis telah cuba menjelaskan penyakit itu pada hakikatnya merupakan nikmat dan anugerah bagi orang mukmin.

Penulis juga menerangkan berkenaan arahan agar bersabar menghadapi penyakit dan keutamaan sabar, serta faktor-faktor yang dapat menguatkan kesabaran dan faktor-faktor khusus yang diperlukan.

Ingatlah, setiap penyakit ada penyembuhan, oleh itu penulis juga telah menyertakan sisipan betapa pentingnya ruqyah dan berdoa menurut syariat kerana ia merupakan sebab kesembuhan paling nyata bagi sesuatu penyakit, serta keharusan berbaik sangka kepada Allah dan sabar menunggu jalan keluar.


Publication Information: Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada, 1997
Physical Description: 241p. ; ill. 22 cm
Subject Term: Medicine in the Koran
Spiritual healing - Religious aspects - Islam
Religious life - Islam
Tajuk: Tuhfatal Maridh Hiburan Untuk Orang Sakit
ISBN: 9789839062557
Penerbit: Pustaka Syuhada
Penulis: Abdullah Bin Ali Juaithin
Muka Surat: 241
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.308
Dimensi (inch): 5.5" x 8.5"
Availability: In Stock
price/RM10.90

0 Reviews