Terjemahan Bulughul Maram - Pedoman Mencapai Hajat (Penjelasan Hadith Melengkapi Perawi, Darjat, Maksud & Hukum)

Terjemahan Bulughul Maram - Pedoman Mencapai Hajat (Penjelasan Hadith Melengkapi Perawi, Darjat, Maksud & Hukum)

Price:

Pedoman Mencapai Hajat

Terjemahan Bulughul Maram

Ktab Bulughul Maram ini adalah hasil daripada usaha Ibnu Hajar Al-Asqalani yang telah menyusunnya sebagai sebuah kitab hadith yang dikhususkan berkaitan dengan fiqh islam, dan ianya sangat terkenal di kalangan umat islam seluruhnya terutama kepada para pelajar agama.

Telah banyak pula terjemahan kitab ini dalam bahasa Malaysia dan juga bahasa Indonesia diantaranya yang telah diusahakan oleh almarhum Ustaz Hassan yang beliau tulis pada tahun 1958. Dalam perkembangan selanjutnya masyarakat sangat memerlukan adanya huraian yang jelas dan ketentuan dan ketetapan hukum dari tiap-tiap hadith yang tertera di dalam kitab ini. Untuk memenuhi panggilan keperluan tersebut maka pihak penterjemah menyusun terjemahan dan syarah ringkas kitab ini sekadar kemampuan yang dimiliki.

Tentu saja tidak semua orang bersependapat dengan penjelasan dan kesimpulan-kesimpulan hukum yang ditulis di dalam buku terjemahan ini. Oleh kerana persoalan fiqh yang merupakan ijtihad, tidak akan mungkin dapat diterima 100% oleh segenap umat islam tanpa perbezaan pendapat. Di samping itu kaedah sistematik yang digunakan dalam menyusun terjemahan dan syarah kitab ini hampir tidak dipakai oleh para ulama' sebelumnya. Moga para pembaca mendapat manfaat dari buku ini serta kita semua diredhai Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.
Tajuk: Terjemahan Bulughul Maram - Pedoman Mencapai Hajat (Penjelasan Hadith Melengkapi Perawi, Darjat, Maksud & Hukum)
ISBN: 9789830463582
Penerbit: Darul Nu'man
Penulis: Ibnu Hajar Al-Asqalani
Penterjemah : Dr. Muhammad Thalib
Muka Surat: 916
Halaman: hitam putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 1.2
Dimensi (inch): 6" x 9"
Availability: Sold Out
price/RM45.90

0 Reviews