Bahasa Arab Perbualan Harian Untuk Calon-Calon Tetamu Allah & Para Pelajar - B.Malaysia - B.Inggeris - B.Arab

Bahasa Arab Perbualan Harian Untuk Calon-Calon Tetamu Allah & Para Pelajar - B.Malaysia - B.Inggeris - B.Arab

Price:
Bahasa Arab Perbualan Harian 
Untuk Calon-Calon Tetamu Allah & Para Pelajar

Buku ini memuatkan pelbagai contoh dialog di dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Oleh itu, selain dari penguasaan Bahasa Arab sebagai matlamat utamanya, para pembaca juga secara tidak langsung akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Semua dialog dipilih berdasarkan kesesuaian dan keperluan pembaca tempatan sama ada semasa berada di Malaysia atau di negara-negara Arab. Susunan tajuk dibuat berdasarkan urutan asas dialog yang dimaklumi. Justeru, ia dapat menarik hati pembaca untuk terus membaca sehingga halaman akhir.

Selain itu, sebahagian dari dialognya sesuai untuk digunakan untuk urusan-urusan harian semasa berada di negara Arab seperti Makkah dan Madinah. Antaranya dialog dengan pegawai kastam, dialog dengan pemandu bas dan teksi, dialog dengan agensi pelancongan dan banyak lagi.

Semoga ia akan dapat memberikan manfaat yang banyak buat para pembaca budiman.

Umar r.a. pernah berkata :
Pelajarilah bahasa Arab, ia dapat meningkatkan minda dan harga diri
Tajuk: Bahasa Arab Perbualan Harian Untuk Calon-Calon Tetamu Allah & Para Pelajar - B.Malaysia - B.Inggeris - B.Arab
ISBN: 9789830993706
Penerbit: Al-Hidayah
Penulis: Zain Y.S
Muka Surat: 160
Halaman: hitam putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.2
Dimensi (inch): 6" x 9"
Availability: Sold Out
price/RM9.90

0 Reviews