Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama`ah (Rumi)

Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama`ah (Rumi)

Price:
Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama`ah (Rumi)
SEKITAR KITAB INI

Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaaan sahih dan ciri-cirinya, aqidah-aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah masalah uluhiyah, rububiyah, dan masalah-masalah keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain-lainnya.

Kitab ini disusun dengan keterangan dan huraian dari dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith dan juga disertakan perbincangan dan kesimpulan untuk memudahkan para pembaca dan pengguna kitab ini memahami intisari isi kandungannya secara berkesan.

Kitab ini memberi kefahaman yang menyeluruh mengenai masalah-masalah aqidah untuk menangani aqidah-aqidah yang bercanggah dengan "Aqidah Ahli Sunnah Waljama`ah". Misalnya aqidah Mu`tazilah, Jabariah, Qadariah dan lain-lain.

Oleh itu, kitab ini adalah sangat sesuai dibaca dan dipelajari di kelas-kelas pengajian ta'mir masjid dan surau untuk di jadikan kitab bacaan dan pelajaran dalam ilmu tauhid dan aqidah. Kitab ini juga sangat memberi faedah dan manfaat kepada orang-orang mu'min seluruhnya, khususnya kepada para pengajar dan pelajar mempelajari ilmu tauhid dan aqidah.

Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama`ah (Rumi)
ISBN:
Penerbit: Darul Ma'rifah
Penulis: Haji said Hj Ibrahim Bekas Mufti Negeri Sabah
Muka Surat: 353
Halaman: hitam putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.7
Dimensi (inch): 7" x 10"
Availability: In Stock
price/RM38.90

0 Reviews